Tuesday, March 27, 2012

Khayalan






Aku suka berangan. 


Aku cuma perlukan 2 saat untuk tulis kenyataan tersebut. 
Sebab aku memang suka berkhayal. Umi aku pun kata camtu. Aku ingat lagi hari pemberian report card masa sekolah rendah dulu. Guru kelas aku, Ustazah Siti Salina cakap benda yang sama pada umi aku. Tapi satu benda yang ustazah puji aku, dia kata aku pandai belajar.


 "Entahlah ustazah, saya tengok dia dekat rumah tak belajar pun. Asyik baca komik aje". 

Kah, kah, kah..umi memang epik. 

Tapi memang, bagi aku yang dilahirkan dengan status anak bongsu, waktu kecil dahulu, tak rapat sangat dengan kak aku yang atas, Zahirah. Banyak bergaduh adalah. Bukan berlaga air liur sahaja, malah berlaga penumbuk jugak. Selalu pulak tu. Aku ingat masa aku kecik dulu, bila Ira balik dari sekolah, mesti aku sambut dia. But only to be dismissed by her later. Haha. 

Tapi aku tak kisah sangat. Sebab aku anak bongsu. Anak emas umi ayah. Juga, sebab satu lagi. Aku ada abang yang osem. Along. Sebab dia belikan aku komik.


Along memang minat komik. Pada umurnya yang mencecah 32 tahun sekarang pun, aku yakin dia masih minat komik. Aku tahu sebab setiap kali aku tepon Along, Along akan beritahu yang dia dah menguasai Tinju Maut Tentera. Komik Along rata-ratanya komik Cina seperti Wira Tunggal, Raja Rimba, Wira Jalanan (Street Fighter). Kalau siapa-siapa yang pernah datang rumah aku di Subang Jaya dulu wajib keatas mereka untuk menyedari bahawa terdapat 2 buah almari yang di'sumbat' dengan komik-komik Cina nih. Serius, aku cakap, almari tu di'sumbat'. 

Sejujurnya, aku agak bersendirian di rumah. Jadi banyak masa aku habiskan untuk berkhayal sendirian, dan juga membaca apa sahaja bacaan. Komik khususnya. Dan aktiviti membaca komik ternyata menggagahkan imaginasi aku. Lagi hebat, aku aplikasikan imaginasi aku apabila bermain anak-anak patung. Skrip-skrip yang aku buat bukannya picisan macam budak jiran sebelah. Kadang-kadang aku selitkan sedikit elemen romance dan adventur. Aksi itu mesti. 

Aku paling ingat, salah satu imaginasi aku yang terulung. Aku pernah terfikirkan bahawa semua orang di sekeliling aku cumalah suatu projection kesedaran aku. Dan aku sebenarnya sedang nyenyak dalam suatu tidur yang panjang. Menanti untuk bangkit. Bila besar panjang macam sekarang baru aku sedar imaginasi aku tu sama macam dalam filem The Matrix walaupun aku tak tengok lagi filem tu waktu tu. 

Hmm.
Wajar untuk dihayati mendalam. 
*berangan*
..
.....
..........
................
Menginjak dewasa, ternyata alam sekolah menengah merabakkan fabrik imaginasi aku. Aku merupakan salah seorang budak Selangor di salah sebuah negeri paling assabiyyah di Malaysia, Kelantan. Aku disisihkan dan dijadikan bahan ketawa. Memang, aku banyak menghabiskan masa bersendirian ketika di Maahad. Tapi yang mengisi kotak pemikiran aku ketika itu bukan lagi sekadar imaginasi, sebaliknya renungan mendalam dan pemikiran-pemikiran yang subjektif. 

Dunia sekeliling aku ketika itu betul-betul meragut aku dari zon selesa yang aku berteduhkan selama. Lalu ia melibas aku dengan brutal. Tiap-tiap bulan, elaun dari umi memang sampai. Namun kasih sayang, belaian manja dan telinga umi tidak sampai sekali. Aku kini seorang diri dalam sebuah belantara yang pelik dan jelik. Aku pasti aspek-aspek kehidupan aku sebegini, menjadikan aku kurang fokus dalam kelas lecture pada dimensi sekarang. Mudah sekali untuk minda aku beralih kuasa tumpuan. Satu perkataan yang disebut oleh lecturer yang aku pernah dengar di lain tempat seperti di youtube misalnya, akan terus membalikkan sistem fokus aku. Ataupun susunan perkataan di slide hadapan yang aku pernah lihat di dalam mana-mana buku cerita, akan menghasilkan result tersebut.



Tapi aku tetap bersyukur pada tuhan. Kebolehan berimaginasi ada kelebihannya. Lebih-lebih lagi bila aku terlibat dengan kerja-kerja yang memerlukan tenaga kreatif. 
Kerja-kerja yang memerlukan aku untuk duduk diam, senyap, dan fikir. 
Kerja-kerja yang memerlukan aku untuk mengintegrasikan projection-projection abstrak di sekitar aku, dan membentangkan ia menjadi sebuah idea yang pejal dan bermanfaat. 

Yang lawaknya, aku selalu misses the obvious detail yang sepatutnya timbul sekali dengan idea-idea aku. Mungkin sebab kurang fokus. 
*berangan*
.....
.........
..............
.......................
..............................
Haha

No comments:

Post a Comment