Tuesday, October 23, 2012

Kasih

Kasih
Oleh: Borhan Hadi



Bagaimanakah seorang manusia mampu mencintai sekepal daging yang bukan darahnya
mengasihi sekuntum senyuman, yang langsung bukan serupa dia
menyangi hadirnya dia, tanpa mengenal siapa-apa dia
mendoakan kebahagian dia, walau manusia itu tahu
dia tiada akan mendapat saham apa-apa

Bagaimanakah seorang manusia itu, mampu mencintai sekepal daging yang bukan darahnya
kalau bukan dia tahu, bahawasanya dia tiada milik apa-apa.

Kerana semuanya telah, sedang, dan akan kembali
kepada si Dia.

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.